Salam perjuangan berpanjangan dari farid. Sekarang ini kita berada di bulan muharam bulan yang bermulanya lagi satu lembaran baru bagi seluruh umat islam khususnya bagi seluruh pendokong perjuangan gerakan islam di bumi KUIS ini. Masa beredar zaman bertukar, dan suasana berubah. Maka sahabat-sahabat seperjuaganku sekalian begitulah sikap kita. Umat islam ini tidak salah untuk belajar sejarah dan tidak salah juga untuk kita ini bangga dengan sejarah.Namun sejarah yang telah berlaku itu yang telah lalu, yang penting bagi kita sekarang melihat masa depan kita. Apa erti kita bangga islam pernah menguasai 2/3 dunia andai hari ini kita tak boleh menguasai apa pun. Apa ertinya kita bangga islam pernah mewujudkan satu empayar besar ISLAM andai hari ini kita tidak berusaha untuk mencapai kecemerlangan.
Apa yang farid nak kongsikan mengenai percaya dan berjaya. Dalam kehidupan kita ini ada sesuatu yang lebih susah daripada susah, iaitu berubah. Sehingga andai kita melihat ada insan yang lebih selesa untuk terus hidup susah berbanding mengambil tindakan untuk membuat perubahan. Itu asas yang farid nak katakan. Hijrah dipilih sebagai peristiwa yang signifikan untuk menandakan permulaan kalendar islam hasil keputusan mesyuarat pada tahun 17H di zaman Saidina Umar Ibnul Khattab r.a.
Kerana dalam banyak-banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah sirah nabi s.a.w, hijrah itu adalah titik perubahan. Hijrah jugalah yang menukar islam yang rendah ke tinggi, islam yang ditekan kepada islam yang dihormati. Maka bulan ini sangat signifikan kepada diri setiap pejuang yang mengaitkan dirinya dengan erti pengorbanan yang bukan sekadar cerita pada mulut yang mendusta.
Oleh kerana itu, farid nak sentuh berkenaan dengan soal percaya untuk berjaya. Farid nak gambarkan bagaimana, ketika peperangan al-ahzab dan khandak para sahabat nabi s.a.w ini berada dalam keadaan sangat tertekan. Mereka di kepung oleh tentera arab yang bergabung di seluruh semenanjung tanah arab pada ketika itu. Nabi s.a.w telah menyebut sesuatu berkaitan soal percaya unutk berjaya ini " LA TUF TAHANNAL QOSTAN TINI YA, FALA NI'MAL AMIR AMIRUHA, WALA NI'MAL JAISY DZALIKAL JAISY". Kata nabi s.a.w kota constantinople iaitu istanbul pada hari ini pasti akan berada di tangan kita suatu hari nanti, sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.
Sahabat sekalian, farid nak gambarkan macam mana perasaan sahabat ketika menerima saranan ini. Seolah-olah beginilah farid nak katakan ya, Raja Gopal(Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Malaysia) hari ini, dia buat satu announcement yang mana dia kata pasukan Malaysia akan menjulang piala dunia. Bagaimanakah perasaan penonton tatkala mendengar announcement tersebut. Mesti ada diantara kita menyebut boleh ke nak buat nie?.
Keraguan
Dan farid rasakan mungkin begitulah perasaan sahabat ketika Rasulullah s.a.w menyebut perkara itu. Sebab mereka adalah satu komuniti kecil di madinah yang hidup seperti di hujung tanduk ketika berada dalam kepungan. Tetapi constantinople sebagai kota yang terbesar di dunia pada masa itu. Itulah nak ditakluki. Itu cara nabi s.a.w memotivasikan sahabat iaitu percaya selepas melihat sesuatu itu tidak ada apa-apa nilai yang signifikan, tetapi yang hebat ialah PERCAYA SEBELUM MELIHAT SESUATU DAN KITA BEKERJA UNTUK MELIHAT APA YANG KITA PERCAYA. Ini sebenarnya kemuncak yang farid ingin katakan. Baginda s.a.w tidak berbohong apabila baginda menyebutkan pasti ia akan berlaku dan sahabat menyakininya dan mereka bekerja untuk melihat apa yang mereka percaya. Semangat itu yang kita nak langgan dalam kehidupan kita khususnya mahasiswa KUIS dan amnya bagi seluruh pendokong gerakan islamiyah.
Maka usaha demi usaha dibuat pada tahun 44h usaha tidak berjaya, tahun berikutnya pun tak berjaya, bukan 20 tahun penantian tetapi 800 tahun janji nabi s.a.w itu tertunai pada tahun 1453H ditangan manusia biasa yang luar biasa yang bernama Sultan Muhammad Al-Fatih, Sultan ke-7 kerajaan Turki uthamaniyyah. Constantinople berjaya di tawan. Ingin tunjukkan disini yang mana kita di minta untuk meneruskan perjuangan ini tanpa mengenal dalam kamus hidup istilah PUTUS ASA.
Sultan Muhammad Al-Fatih itu kejayaannya menawan costantinople bukan usaha peribadi yang bersifat ad-hock tetapi hasil kekalahan-kekalahan yang berlaku sebelum ini di pelajari untuk mencapai kejayaan itu. Sebab itu kejayaan itu bilamana sejauh mana kita dapat mengenggam peluang yang ada. Jadi seandainya farid nak relate dalam kehidupan kita pada hari ini, kekangan yang besar yang berlaku dalam masyarakat kita untuk berjaya ialah pada soal kemampuan untuk percaya. Usaha kita sekarang ini adalah untuk menukar kepercayaan itu. Kalau dalam bahasa inggeris disebut sebagai baby elephant syndrom kata ustaz farid ketika dia berkongsi pengalaman menuntut ilmu di Bumi anbiya Jordan.
Kita lihat bagaimana andai sesiapa sahaja yang pernah menyaksikan pertunjukkan sarkas di kaca tv dan sebagainya, seekor gajah yang besar di tambat dengan hanya satu rantai, yang sangat mudah untuk si gajah melepaskan diri, tetapi kenapa si gajah itu tak melepaskan diri kerana kesan indoktrinasi pengalaman silam si gajah tersebut. Semasa si gajah masih kecil, dia dirantai dan naluri sebagai seekor anak gajah pada ketika itu dia nak meepaskan dirinya tapi cuba dan cuba tak berjaya, akhirnya selepas 7 tahun anak gajah dah jadi abang gajah sudah berhenti daripada mencuba. Sebab si gajah telah menyakini dalam kepala otak dia memang tak boleh. Sebenarnya yang merantai si gajah bukan rantai itu tetapi fikiran dia, itu yang kita nak buang sebenarnya.
Farid kira soal melaksanakan perubahan bukan satu pilihan tapi ia satu kemestian. Cukup sekadar farid katakan bahawa insyallah akhir perjalanan kita di syurga Allah s.w.t. Siapakah yang akan kita jumpa di syurga, kita akan berjumpa dengan nabi s.a.w, abu bakar, umar, uthman, ali, khadijah, fatimah...Siapakah mereka itu? Mereka itu adalah orang-orang yang hebat. Syurga hanya menerima orang-orang yang hebat untuk menyertainya. Dan kalau sekiranya kita tidak hebat, apakah pilihan yang kita ada? Kalau tidak berjaya masuk syurga jangan pula nak di fikirkan nak cari kayu nak buat 'syurga setinggan'. Tak layak ke syurga maka neraka lah jawabnya sahabatku. Maka kita tidak ada pilihan melainkan kita mesti menjadi manusia yang hebat dan Allah s.w.t telah memberikan segala potensi itu agar kita menjadi hebat. Dan farid kira sempena kedatangan tahun baru hijriah ini kejayaan terbesar kita ialah andai nya kita berjaya mengenal dimanakah keistimewaan dan potensi diri kita. Itulah yang kita nak azamkan insyallah.
Bertemu kembali di post yang seterusnya...TERUSKAN BERJUANG
"Jika cita-cita perjuangan kita merupakan sebuah bangunan, maka kita adalah batu bata yang di susun untuk membina kesatuan bagi mendirikan bangunan ini". (Dr. Burhanuddin al-Hilmy)
~Tentang Diri~
- Farid Bin Amilkassim
- seorang muslim, Anak pribumi Sabah. Dilahirkan di Hospital Daerah Kudat, Sabah pada 24 november 1989 hari jumaat. Kini berada dalam tahun 1 semester 1 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Ekonomi dan E-Dagang Kepujian (BB01), Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Insyallah bakal bergelar ahli ekonomi yang bertaqwa.
Mutiara Kata~
Ukhuwah Berpanjagan~
Monday, December 21, 2009
Percaya Dan Berjaya
Posted by Farid Bin Amilkassim at 5:36 PM 2 comments
Labels: Perkongsian
Friday, December 11, 2009
Teruskan Perjuangan, Biarpun Di mana Kalian Berada
Salam Ukhuwah, salam penyambung rantaian perjuangan buat seluruh mahasiswa KUIS khususnya dan pembaca sekalian amnya. Kehidupan sebagai insan yang dipinjamkan nyawa dari Allah, pastinya saling memerlukan antara satu sama lain. Segunung mana harta si jutawan kacak, pasti rutin harianya memakan nasi hasil daripada padi yang diusahakan oleh si pesawah kerdil di terik panas bahang sang mentari. Begitulah perkaitan antara kita sesama manusia selaku hambaNya.
Alhamdulillah sahabat sekalian, kita berlepas ke dunia perjuangan yang luas ini dengan akal, hati dan nafsu yang matang, stabil dan realistik insyallah. Perjuangan kita di medan ini ialah perjuangan medan untuk memberi. Berbekalkan perkakas hujah pada kadar kedhaifan yang ada ini farid minta kepada mahasiswa sekalian agar membuka mata, celik minda, terangkan hati untuk kita sama-sama menjeling sahabat-sahabat sebilik dan sekelas dengan kita. Tanpa kita sedari, dengan senyuman manis mereka di siang hari, mereka merintih menangis derita di kala kita memecah kesunyian pada malam hari. Titisan air mata mereka bukanlah titisan air mata duka, akan tetapi titis yang datang dari perasaan tersedar tatkala memikirkan beberapa noktah yang menjadi asas dan prinsip kepada pengalaman di hujung matlamat penghidupan dan ini farid katakan isu kenaikan yuran di KUIS.
Setelah beberapa hari farid bersauh di bumi KUIS ini, farid melihat environment KUIS jauh lebih berbeza dengan ipta yang sebelum ini pernah bergelar mahasiswa di bumi UUM. Disepanjang pengamatan ini, nasihat farid, selama mana kalian berada di Bumi KUIS ini khususnya dan amnya sahabat-sahabta dari ipt lain, tentukanlah jalan mana yang kalian akan rentasi, sama ada jalan yang akan membawa kalian untuk menjadi 'BINTANG' ataupun 'BINATANG'. Janganlah kalian menjadi mahasiswa yang hanya mengamalkan 3K iaitu hanya pergi ke KULIAH semata-mata, membuang masa di KAFE dan menjadi mahasiswa yang bersifat lembab, kaku dan primitif di atas KATIL. Seawal selepas solat subuh, farid melayari dalam laman mahasiswakini.com yang mana mendiskusikan mengenai kebangkitan gerakan mahasiswa malaysia dahulu dan membandingkan kebangkitan mahasiswa pada pasca hari ini yang tidak keterlaluan farid katakan tidak relevan seumpama seperti penulis katakan meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya.
Seperti yang terjadi sekarang ini pada gerakan mahasiswa di KUIS. Bagi farid, Pemahaman masing-masing dalam merintis jalan inipun berbeza-beza sesuai dengan kejernihan fikiran seseorang dan kaedah dalam memanipulasikan untuk mencapai kebenaran. Sesetengah golongan mahasiswa ini fanatik pada gerakan, sehinggakan bila golongan ini kehabisan perkakas hujah, mereka ini akan menggunakan perkakas fitnah. Kerana golongan ini tidak jujur dalam menqalakan khabar.
Kefahaman yang farid maksudkan di sini diibaratkan air hujan sedangkan kejernihan fikiran diibaratkan media di mana jatuhnya air hujan. Air hujan yang jatuh di dalam mangkuk yang bersih akan memiliki sifat air hujan yang murni. Namun bila air hujan jatuh di dalam tempayan maka air hujan akan terpengaruh oleh sifat-sifat tempayan tersebut yang masih tersisa rasa payau dan sebagainya. Padahal sifat air hujan pada asalnya adalah sama.
Demikian pula pemahaman kita terhadap sebuah gerakan, semakin jernih fikiran kita maka pemahaman kita akan semakin dekat dengan kebenaran gerakan ini, namun bila fikiran kita dipenuhi dengan segala emosi kolot, iri hati, dengki, dendam, dan sebagainya, maka pemahaman kita akan menjadi semakin jauh dari kebenaran sesebuah gerakan. Pada kadar kedhaifan ini, Farid tidak menyokong mana-mana pihak sama ada dari pihak MPM, GMS, GKM sekalipun pihak pentadbiran tapi farid melihat pada kebenaran, 1Suara, 1Revolusi, 1Mahasiswa. Perbezaan pendapat dalam kalangan setiap diri mahasiswa itu tidak ada salahnya, sejauh mana kita dapat mengemudi bahtera perjalanan kebenaran berbekalkan syariat Allah dan Sunnatullah.
Seperti kita melihat dunia umpamanya, melalui fikiran kita. Minda, dan fikiran seperti kaca mata, jika menggunakan kaca mata hitam maka kecenderungannya kita melihat segala sesuatu menjadi hitam. Begitu pula jika kita memakai kaca mata merah maka segala sesuatu akan cenderung kelihatan merah. Manakala, jika menggunakan kaca mata bening maka segala sesuatu akan kelihatan apa yang ada padanya, dan hinggalah seterusnya.
Sedarlah wahai sahabatku, kini kita sudah pun melanggan untuk bergelar seorang mahasiswa ISLAM. Maka awasilah perilakumu, jagalah pergaulan serta batasan auratmu dan janganlah kita sengaja mencampakkan diri ke lembah kehinaan yang bisa menjadikan kita ibarat 'BINATANG'. Dihujung penaipan farid pada hari ini, marilah sahabat-sahabat sekalian kita menerobos ke dalam minda-minda setiap inci perjuangan ini di bumi KUIS ini yang penuh barakah ketahap penilaian yang lebih bijak. Biar dicaci, di hina, sekalipun tetapi perjuangan tetap perjuangan yang wajib diteruskan. Genggam dan yakinlah bahawa kebenaran serta janji Allah itu pasti tiba.
Pada nukilan ini farid tidak mempunyai kepentingan untuk mengajar tetapi ia lebih kepada perkongsian hasil perantauan farid di bumi semenanjung ini. Tatkala Farid merenung hutan belantara yang luas terbentang di kiri dan kanan KUIS ini, Hutan tebal yang menyembunyikan 1001 isi dan rahsia, seperti sebuah perjalanan perjuangan sebagai seorang mahasiswa islam yang tidak diketahui akan rupa kembaranya di hari-hari muka.
Salam Perjuangan berpanjangan dari Mahasiswa KUIS.
Posted by Farid Bin Amilkassim at 7:38 PM 1 comments
Labels: Perkongsian
Friday, August 7, 2009
Hadith Fadilat Nisfu Sya’ban
Soalan: Apakah terdapat hadis yang menceritakan kelebihan malam nisfu Sya’ban dan amalan yang patut dilakukan?
Jawapan: Ya, terdapat hadith sahih mengenai kebaikan malam nisfu Syaaban, tetapi amalan-amalan tertentu khas untuk malam tersebut adalah tidak sabit daripada Nabi s.a.w. Antara hadith yang sahih mengenai nisfu Sy`aaban adalah:
يطلع الله تبارك وتعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf).
Hadith-hadith tentang Nisfu Sya’ban tidak mengajar kita apakah bentuk amalan khusus malam berkenaan. Oleh itu amalan-amalan tertentu pada malam tersebut seperti baca yasin sempena Nisfu Sya’ban, solat-solat khas tertentu adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Posted by Farid Bin Amilkassim at 6:09 PM 2 comments
Tuesday, June 30, 2009
Hukum Kenduri Arwah
Sesuatu yang hendak dikaitkan dengan agama ini mestilah mempunyai dalil yang membuktikannya. Dalam masalah jamuan sempena kematian, sahabat Nabi bernama Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali menyebut:
كُنَّا نَرَى الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنْ النِّيَاحَةِ
Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat) (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah; sanadnya sahih)
Berdasarkan kepada hadith, maka kenduri arwah bukan dari ajaran Islam, ia menyerupai perbuatan meratapi mayat yang dilarang oleh syarak. Maka, amalan itu adalah warisan jahiliyyah yang para sahabah elakkannya.
Malang sekali sesetengah pihak menganggap ini merupakan pendapat mazhab al-Syafi’i. Jawapan kita dalam masalah ini;
Pertama: pendapat siapa pun, mazhab apa pun jika berbeda dengan nas Allah dan rasulNya, maka apa yang ditegaskan oleh Allah dan rasul itu yang diperintahkan untuk kita pegang.
Kedua: karangan para ulama mazhab al-Syafi’i juga menunjukkan mereka tidak pernah menyukai perbuatan ini. Tokoh besar mazhab al-Syafi’i, al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) umpamanya dalam Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab, 5/320, Beirut: Dar al-Fikr.)
Demikian tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i, antaranya al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji menulis dalam kitab mereka: “Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati adalah mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya”.
Tambah mereka lagi: “Menyusahkan keluarga si mati dengan membuat makanan dan menghimpunkan orang ramai kepada makanan –seperti yang menjadi kebiasaan di zaman kini- adalah bid’ah yang bertentangan dengan sunnah dengan percanggahan yang amat sangat”. (Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji, Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, 1/263, Damsyik: Dar al-Qalam).
Bahkan kitab-kitab jawi Nusantara juga bertegas dalam masalah ini. Antara apa yang disebut oleh Syeikh Daud al-Fatani dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (Daud al-Fatani, Bughyah al-Talab 2/34). Demikian juga kenyataan yang sama dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin (m.s 87), al-Syeikh Idris al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi (7/130).
Kata Sayyid Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah: Para imam (ilmuan besar) bersepakat tentang kemakruhan keluarga si mati menyediakan makanan untuk orang ramai lalu mereka berhimpun untuk jamuan tersebut. Demikian itu menambahkan kesusahan dan kesibukan keluarga si mati, juga menyerupai amalan masyarakat jahiliyyah. Ini berdasarkan hadis Jarir: “Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan selepas pengebumian mayat termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat)”. Sebahagian ulama berpendapat perbuatan ini adalah haram”. (Fiqh al-Sunnah 1/508)
Maka perbuatan mengadakan kenduri sempena kematian adalah bid’ah, menyanggahi sunnah Nabi s.a.w.
Posted by Farid Bin Amilkassim at 6:28 PM 2 comments
Friday, February 6, 2009
Hak Wanita
Islam telah mencatatkan di dada sejarah bahawa dirinya adalah pembela agung wanita yang tiada tolok bandingnya. Sebelum kedatangan Islam, hak-hak wanita tidak dibincangkan atas nama sistem agama atau tanggungjawab keagamaan dalam wajah yang lengkap. Jikapun ada pembelaan hak mereka adalah atas ihsan dan simpati lelaki semata. Bahkan dalam sesetengah masyarakat, wanita dianggap sial dan tidak mempunyai nilai. Dalam masyarakat Babylon, jika suami membunuh seseorang, maka isterinya dihukum mati menggantikan tempatnya. Masyarakat Greek menganggap wanita lebih rendah nilainya dari lelaki. Pelacuran pula adalah amalan biasa di setiap peringkat dalam masyarakat Greek dan Rom. Masyarakat Mesir kuno menganggap wanita adalah lambang syaitan. Sementara masyarakat Arab pula mewarisi tradisi membunuh anak perempuan hidup-hidup. Masyarakat Hindu lebih dahsyat membakar seorang isteri bersama dengan mayat suaminya. Ini menyebabkan bekas ketua Hakim Mahkamah Delhi, Mr. Rajindar Sachar pernah menyebut: “Dari segi sejarahnya, Islam telah lama begitu terbuka dan progresif dalam memberikan hak pemilikan harta untuk kaum wanita. Suatu hakikat yang pasti bahawa tiada hak pemilikan harta yang diberikan kepada wanita Hindu sehinggalah tahun 1956. Ini apabila Hindu Code Bill dihapuskan. Sedangkan Islam telah pun memberikan hak-hak ini kepada wanita Muslim sejak seribu empat ratus tahun yang lampau. (Wahidudin Khan, Women Between Islam and Western Society, hlm. 46.)
Namun kedatangan Nabi s.a.w. adalah rahmat bagi wanita. Baginda telah membela dan mempertahankan hak mereka. Bayangkan, dalam keadaan dunia sekeliling menafikan hak-hak wanita dan mempersendakannya, tiba-tiba insan yang bernama Muhammad bin Abdillah bangun dengan perintah wahyu membela hak mereka. Hadis-hadis Nabi yang membela dan mempertahankan wanita begitu banyak dan jelas, antaranya daripada Urwah bin al-Zubair bahawa Aisyah isteri Nabi menceritakan kepadanya, kata Aisyah: Telah datang kepadaku seorang wanita bersama dua orang anak perempuannya meminta (makanan) daripadaku sedangkan tiada padaku melainkan sebiji tamar. Aku berikan kepadanya, lalu dia membahagikannya untuk kedua anaknya. Kemudian dia bangun dan keluar. Apabila Nabi masuk, aku pun menceritakan kepadanya, lalu baginda bersabda: Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka maka mereka menjadi penghalang dari api neraka untuknya (Riwayat al-Bukhari 5/2234 dan Muslim 4/2027).
Daripada Ibn Abbas, seorang gadis dara datang kepada Nabi memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka, maka Nabi memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).
Maka dalam Sahih al-Bukhari, ada bab Iza Zauwaja Ibnatahu wahiya karihah fanikahu mardud (Apabila bapa mengahwinkan anak perempuannya, sedangkan anak perempuan itu tidak suka maka nikah itu ditolak).
Namun masyarakat Melayu dahulu, apabila begitu terikat dengan mazhab al-Imam al-Syafii maka mereka membiarkan bapa memaksa anak-anak perempuan berkahwin dengan pilihan bapa sekalipun dibantah oleh anaknya atas alasan bapa wali mujbir. Mereka tidak bersikap terbuka menyemak dalil dan mengambil manfaat daripada para sarjana Islam yang lain. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Siapa tahu, jika al-Syafii hidup di zaman kita dan melihat kemajuan pengetahuan dan ilmu yang dicapai oleh anak gadis hari ini, sehingga mereka mampu menilai lelaki yang datang meminang mereka, atau jika mereka kahwin tanpa kerelaan akan menyebabkan kehidupan rumah tangga menjadi neraka, barangkali jika al-Syafii melihat hal ini dia akan mengubah pendapatnya seperti mana dia telah mengubah banyak pendapatnya.” (al-Qaradawi, Al-Fatawa al- Mu‘asarah, 337-338, Beirut: Dar Ulil al-Nuha). Namun paksaan seperti itu sudah jarang kedengaran lagi. Masyarakat berubah, pandangan mazhab sudah tidak relevan lagi dalam bab tersebut. Mengambil manfaat dari pendapat lain adalah satu keperluan.
Hak wanita
Di sana begitu banyak nas-nas sama ada dari al-Quran atau al-Sunah yang membela hak wanita. Namun adalah mengejutkan, setelah keadilan gender ini ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya, tiba-tiba kita sering mendengar aduan atau rasa tidak puas hati wanita Islam yang berleluasa terhadap Mahkamah Syariah atau pejabat agama. Sehingga ada wanita yang memberitahu bahawa antara sebab beliau ingin keluar agama adalah layanan agama yang diberikan kepadanya. Setiap kali beliau mengangkat kes tentang kezaliman suami kepadanya, beliau diberi nasihat agar bersabar, Allah bersama-sama dengan orang yang sabar. Sedangkan dirinya semakin hari semakin menjadi mangsa. Bahkan ada yang lebam-lebam matanya, masih disuruh bersabar. Tidak pula ‘pasukan gerak khas’ antimaksiat bertindak pantas mencegah kemungkaran suami yang menyeksa isteri, sepantas pencegahan khalwat yang terpaksa mengintip dengan penuh kesabaran. Sedangkan perbuatan memukul isteri secara zalim ini adalah mungkar yang nyata.
Ada wanita yang memaklumkan bahawa mereka takut hendak ke pejabat-pejabat agama, nanti akan berhadapan dengan pengurusan yang ‘tidak mesra’. Sama ada dakwaan itu palsu atau benar, saya tidak pasti. Namun dakwaan seperti itu sering sahaja kedengaran. Apa pun halnya, yang penting penghormatan kepada kaum wanita dan memberikan layanan yang baik kepada mereka adalah ajaran Islam yang agung ini. Daripada Abu Sa‘id al-Khudri: Wanita-wanita berkata kepada Nabi: “Kaum lelaki telah mendapat engkau melebihi kami. Jadikanlah satu hari engkau untuk kami. (Baginda pun lakukan) maka baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka (memberitahu suruhan agama). Antara yang baginda sebut kepada mereka, Tidak ada di kalangan kamu yang mendahulu tiga orang anaknya (meninggal semasa hayatnya) melainkan ia menjadi dinding dari api neraka. Tanya seorang wanita: “Dua orang anak?” Jawab baginda: (Ya) dua orang anak juga.
Baginda dalam hadis ini memberikan kesempatan untuk golongan wanita belajar dan membuat peruntukan khas dari baginda apabila didapati kaum lelaki telah mendominasi mereka sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan yang cukup.
Kes-kes isu talak yang tertangguh perbicaraannya sampai bertahun-tahun masih berterusan kita dengar sehingga hari ini. Walau apa pun alasan yang cuba diberikan oleh Mahkamah Syariah, ia pada hakikatnya tidak lebih dari kezaliman terhadap wanita. Sama ada disebabkan kongkongan kesempitan pemikiran hukum atau pengurusan yang kurang kualiti atau tenaga yang dibekalkan tidak mencukupi. Sehingga kadangkala susah benar nampaknya untuk dipisahkan isteri daripada suaminya sekalipun ternyata kemudaratan telah berlaku. Padahal pada zaman Nabi isteri Thabit bin Qais datang menemui Nabi lalu berkata: Wahai Rasulullah! Aku tidak mempertikaikan Thabit bin Qais di sudut akhlak dan agamanya. Namun aku membenci kekufuran dalam Islam. Maka Rasulullah pun bersabda: Mahukah engkau mengembalikan kebunnya? Jawabnya: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda kepada Thabit: Ambillah kebunmu dan talakkanlah dia (Riwayat al-Bukhari).
Membenci kekufuran dalam Islam bermaksud penderhakaan terhadap suami yang akhirnya menyerupai kaum yang tidak beriman. Ada juga para ulama yang mentafsir bermaksud terdesak menjadi kufur kerana ingin membebaskan diri dari suami. Kata Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H): “Sesungguhnya wanita apabila membenci suaminya disebabkan akhlak atau rupa paras atau agama atau usianya yang tua atau lemah atau seumpamanya dan dia takut tidak dapat menunaikan perintah Allah dalam mentaati suami, maka harus baginya untuk khulu’ (tebus talak) dengan bayaran gantian untuk dirinya. Ini berdasarkan firman Allah: 229. Jika kamu takut keduanya (suami isteri) tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (Ibn Qudamah, al-Mughni, 10/267, Kaherah: Hijr).
Allah dan Rasul-Nya mengharamkan talak bid‘i iaitu mentalak isteri ketika haid atau ketika suci tapi telah disetubuhi. Tujuannya untuk meringankan bebanan tempoh edah ke atas isteri. Hikmahnya mungkin agar tidak lama isteri menunggu edah iaitu tidak lebih dari tiga kali suci juga tidak terdedah kepada risiko hamil. Tujuan dan maksud hukum-hakam Allah dan Rasul- Nya amat kudus dan mulia. Mana mungkin pengurusan syariah seperti Mahkamah Syariah dan jabatan agama yang ditubuhkan untuk mencapai kemurnian hasrat syarak tiba-tiba menjadi faktor yang membantutkannya. Ini seperti penangguhan kes-kes talak yang begitu lama. Tidak syak ia adalah satu kezaliman terhadap wanita.
Lebih malang lagi, wajah Islam yang mulia ini terguris apabila ada ‘ustazah tv’ yang sanggup membawa cerita palsu bahawa wanita yang terbaik pada zaman Nabi ialah seorang wanita yang setiap hari menunggu suaminya pulang kerja dengan menyediakan makanan dan rotan. Jika suaminya mahu, suami dipersilakan merotankan dirinya walaupun tanpa sebab. Kisah yang seperti ini di samping tidak berasas, ia hanya memalukan agama yang agung ini. Ini masalah stesen televisyen jika hanya mementing orang yang ‘pandai cakap’ bukan ketepatan fakta. Akhirnya kesucian Islam menjadi mangsa.
Di samping itu saya juga suka mengingatkan kepada para pejuang hak wanita atau hak-hak yang lain tentang keseimbangan Islam ini. Al-Tawazun atau al-Wasatiyyah merupakan salah satu ciri-ciri perundangan Islam yang istimewa. Ia bermaksud pertengahan di antara dua keadaan atau pihak. Di mana ketika Islam membela kepentingan satu pihak tidak menyebabkan dicuaikan kepentingan pihak yang lain. Dalam konteks ini, kita maksudkan bahawa pembelaan Islam terhadap hak kaum wanita tidak menyebabkan dipinggirkan atau diabaikan kepentingan dan hak kaum lelaki. Pembelaan Islam terhadap hak isteri umpamanya, tidak menyebabkan diabaikan hak suami. Pembelaan hak ibu, tidak menyebabkan dialpakan hak seorang bapa. Pembelaan hak anak perempuan tidak menyebabkan disia-siakan hak seorang ayah dan ibu. Begitulah seterusnya. Malangnya, kadang-kadang pembelaan hak-hak kaum wanita yang dilakukan oleh sesetengah pihak tanpa merujuk dan mengikuti nas- nas Islam secara menyeluruh sehingga boleh menyebabkan ketidak seimbangan. Mereka ini kerana terlalu ingin membela kaum wanita sehingga melupai hak kaum lelaki. Hal ini berbeza dengan Nabi ketika membela hak kaum wanita, juga mengimbanginya dengan hak kaum lelaki.
Hak Muslim
Demikian juga apabila kita membela hak Muslim, kita jangan terlalu emosi sehingga menzalimi bukan Muslim. Islam itu adil untuk semua. Sebab itu ana meletakkan tema untuk blog ana islam untuk semua. Begitu juga yang begitu ingin membela hak rakyat sehingga melupai hak pemerintah untuk dihormati dan tidak dimaki. Atau jangan sibuk membela hak pemerintah lalu diketepikan hak rakyat sehingga mereka tertindas. Renungilah kata-kata tokoh sarjana agung umat ini Syeikh al- Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H): “Sesungguhnya agama Allah adalah pertengahan antara yang melampau mengenainya dan yang meninggalkannya. Allah tidak memerintahkan hamba-hamba-Nya sesuatu perintah melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah yang mana satu dia berjaya. Iaitu sama ada secara ifrat (melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) atau tafrit (cuai terhadap agama).” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, jld 2/hlm. 236).
Dalam kisah Abu Darda yang tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: “Sesunguhnya untuk Tuhanmu ada hak (tanggungjawab) ke atasmu, untuk badanmu ada hak (tanggungjawab) ke atasmu dan untuk isterimu ada hak (tanggungjawab) ke atasmu. Berikan kepada setiap yang berhak haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, baginda berkata: Benarlah Salman (Riwayat al-Bukhari).
Pembelaan hak yang tidak seimbang, menghilang kecantikan susunan masyarakat dan keindahan ajaran yang suci ini.
Posted by Farid Bin Amilkassim at 11:19 PM 3 comments
Sahabat Kerana Allah
Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.
Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Samada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagiNya, iaitu Allah s.w.t. Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraish yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan –ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu”.
Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) ”Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Mereka menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka.
Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredhaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredhaan itu dicapai dengan sering tolong menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.
Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar untuk dicari. Bukan perniagaan, atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan RasulNya maka akan menjadi sangat rakus, biadap, penuh dengan kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh dengan kemunafikan.
Jika anda hidup dalam iklim yang sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Kita hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.
Posted by Farid Bin Amilkassim at 3:55 AM 2 comments
Labels: Islam Untuk Semua
Sunday, February 1, 2009
Antara Dua Cinta
Posted by Farid Bin Amilkassim at 12:36 AM 1 comments
Labels: Islam Untuk Semua
Friday, January 30, 2009
Jalan Pulang Ke Pangkuan Tuhan Terlalu Luas
(maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
Sementara si miskin yang tidak mampu membayar kepada golongan agama tiadalah habuan keampunan untuknya. Maka tidaklah perlu lagi seseorang berpegang dengan agama, cukuplah dengan membanyakkan ongkos, maka selamatlah dia di sisi Tuhan. Aduhai, tentu tidak demikian.
Aduhai luasnya rahmat Allah dalam agama ini. Bahkan dalam sebuah hadis kudsi,
Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Saya bicarakan tajuk ini, sesuai dengan suasana puasa. Juga agar perbincangan agama, janganlah menyebabkan manusia ini kecewa dengan diri mereka dalam mencari jalan pulang ke pangkuan Tuhan.
Tiada perbezaan antara mufti, ustaz, imam dan orang biasa. Tuhan tidak pernah menilai insan dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh sesama manusia. Dia melihat keluhuran jiwa dan kesahihan amalan. Entah berapa ramai orang biasa lebih mulia di sisi Tuhan dibandingkan mereka yang bersandar dengan berbagai-bagai gelaran dan pangkat. Jalan pulang ke pangkuan Tuhan tidak pernah mendiskriminasikan manusia.
Sejak bilakah pula kita menjadikan wakil Tuhan dalam memutuskan rahmat atau kelaknatan di kalangan hamba-hamba-Nya. Kita menolak manusia ingin kembali dataran keampunan Allah hanya kerana emosi kita, sedangkan Allah sendiri mengisytiharkan keluasan rahmat-Nya untuk semua.
Jika Allah menutup pintu, maka kekecewaan akan meliputi jiwa hamba yang seperti ini dan akhirnya dia akan terus tenggelam dalam kejahatan. Namun dengan dibuka seperti ini, insan akan terus berusaha kembali kepada Allah setiap kali tergelincir.
Hendaklah kita sedar, dalam dakwah baginda Nabi bukan hanya diceritakan balasan neraka, namun diceritakan juga kenikmatan syurga. Bukan hanya tentang kemurkaan Allah kepada yang menderhakai-Nya tetapi juga rahmat-Nya bagi yang kembali kepada kepada-Nya.
Posted by Farid Bin Amilkassim at 5:17 AM 1 comments
Labels: Islam Untuk Semua
Thursday, January 29, 2009
Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok
1) Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
Posted by Farid Bin Amilkassim at 4:30 AM 1 comments
Labels: Islam Untuk Semua
Wednesday, January 28, 2009
Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin
Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.
Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah.
“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.
Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.
“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.
“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).
Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.
Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri.
“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).
“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).
Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.
Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:
“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).
Posted by Farid Bin Amilkassim at 11:20 PM 1 comments
Labels: Islam Untuk Semua
Sunday, January 25, 2009
Hati Dan Perasaan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang
yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya
apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita
akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut..
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang
lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang
pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan
kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan
sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi
ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan
hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam
kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang
sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan
memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin
anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda
tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk
membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermuladengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda
melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Posted by Farid Bin Amilkassim at 5:57 AM 1 comments
Labels: Islam Untuk Semua
Saturday, January 24, 2009
Allah Matlamat Kami
Apabila diajak ke masjid….dikata pula sudah bagus sangat kah mahu mengajak ke masjid??....dah tinggi sangat ker ilmu kau untuk berdakwah??...astagfirullah..
Begitu pula yang dijawabnya?? Pelik sungguh…kalau difikirkan…nak tunggu yang habis belajar penuh ilmu di dada berdakwah sampai bila?? Malahan yang berilmu sendiri tidak menyampaikan dakwahnya…
Malahan menyokong lagi kemungkaran yang ada
Kenapalah ego sangat….tentang mengajak kepada kebaikan….ajak kemasjid…budak-budak kecil lagi senang untuk diajak ke masjid dari pada golongan yang bijak pandai tapi bodoh sombong…minta maaf dengan istilah yang ana gunakan…ada pula lagi berilmu didada lagi besar syaitan dan lagi bertambah sombongnya….susah nak dikata para hadirin sekalian…
Nak biarkan ummat hanyut dengan kemaksiatan?, kita semua akan ditanya, yang Tanya kita siapa?? Mereka juga, mereka yang melakukan maksiat tulah yang akan mengadu domba, mengatakan kita tidak pernah menasihati mereka….
Pelik sungguh bagi mereka yang bodoh sombong…tentang mengajak kepada kebaikan tidak perlu seseorang itu tunggu sampai PHD..apabila dengarkan kebaikan janganlah dipertikaikan selagi tidak lari dari quran dan sunnah….
Siapakah mereka yang paling gembira apabila ummat islam sesame sendiri bercakaran bersalah fahaman??
Sudah tentu orang-orang kafir…seronok mereka menyaksikan sesame kita bercakaran…
Kadang-kadang sedih tengokkan bangsa sendiri…nak berdakwah kepada yang bukan islam, ummat yang sedia ada ini seolah-olah berbondong2 ingin keluar daripada islam….satu keajaiban apabila melihat masjid yang besar2 dibina, apabila tiba waktu solatnya hanya 4 orang makmun dibelakang….pelik sungguh….mana mereka2 yang lain????
Tak usah dibincang yang besar2…apabila solat ditinggalkan, kebaikan yang lain semuanya tiada erti…
Memanglah Allah s.w.t itu maha pengampun…
Sampai bila nak bermain2 dengan janji2 Allah???
Banyak benda yang kita boleh tahu tiba waktunya…
Tetapi….ada siapa2 yang tahu bila tarikh mati??? Seribu dollar dihadiahkan pada siapa yang tahu tarikh mati...
Ishk2…..sedih….sedih…sedih…
Sedih untuk menginsafi diri sendiri…
Sedih apabila tahu pegawai jabatan agama bergaduh sesame sendiri perbincangkan peruntukan untuk berdakwah ketempat pendalaman orang asli…berdakwah yang ingikan imbalan…tiada ker yang sukarelawan…???? Ana sedia
Susah rupanya untuk berdakwah jika perlukan peruntukan…J
Kalau begitu….setiap program yang dianjurkan oleh jabatan agama haruslah perlukan peruntukan????
Ishk2…bukan nak memerli…tapi untuk menasihati diri sendiri yang dhaif lagi hina para hadirin…
Orang kristian banyak berdakwah menggunakancara yang ummat islam tinggalkan, bukan nak sokong orang kristian,tapi cuba kita buka mata…pecahkan minda adik kakak ku sekalian..
Nak kata mereka punya wang???...memang tak dinafikan…nak tunggu kaya….sampai bila???...nak berduit baru berdakwah buat kerja agama??? Ummat dah berbondong2 ke neraka…baru nak start kereta untuk berdakwah…
Sedih sangat….jadi para hadirin sekalian,,,ingatlah bahawa sesungguhnya barangsiapa yamg menolong agamaku kata Allah, nescaya Aku akan tolong mereka…itu sahaja daripada ana yang hina, moga2 rintihan hati kecil ini didengari oleh seluruh para malaikat dan sekalian alam….beramal kerana Allah, DARI ALLAH KITA DATANG, BAGI ALLAH KITA DI LAHIRKAN UNTUK BUAT KERJA AGAMA, DAN KITA KEMBALI KEPADA ALLAH….marilah sama-sama kita bersama barisan kepimpinan para alim ulama dalam Negara Malaysia yang kita cintai ini untuk sama menggerakkan jentera membangun bersama islam….ISLAM FOR ALL..wallahuwalam….
Posted by Farid Bin Amilkassim at 7:11 PM 0 comments
Labels: Islam Untuk Semua
Tuesday, January 20, 2009
Kisah Saad Bin Muaz
Saad b. Muaz memiliki kulit yang tersangat hitam, lebih hitam dari Bilal. Mengenali Islam ketika berusia 31 tahun. Saad b. Muaz ingin berkahwin, namun selalu ditolak pinangannya kerana kekurangan dari segi fizikal yang hitam. Rasulullah SAW menyuruh Saad b. Muaz meminang seorang perempuan yang merupakan perempuan paling cantik, namun Saad enggan kerana rasa kecewa dengan penolakan pinangan sebelum ini. Hanya setelah Rasulullah memberi jaminan, barulah Saad berani pergi meminang.Sampai di rumah perempuan itu, selepas berbual, Saad menyatakan hasratnya menyebabkan bapa perempuan itu terdiam seketika. Disebabkan terkejut, bapa perempuan itu telah menghalau Saad dari rumahnya. Saad mengadap kembali Rasulullah dengan sedih. Perempuan yang dipinang itu keluar dan bertanya kenapa ayahnya menolak pinangan tersebut, kerana lelaki itu adalah pilihan Rasulullah. Maka, segera si bapa berlari berjumpa Rasulullah bagi mengelakkan Saad sempat berjumpa Baginda.Kemudian datang bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak pinangan Saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan tersebut.Ditanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau duit untuk berkahwin? Maka jawab Saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar dan meminta 10 dinar dan Saidina Ali berjumlah 10 dinar.Maka, apabila Saad berjumpa dengan sahabat Rasulullah yang tersebut dan mengetahui perintah tersebut, Saidina Abdul Rahman b. Auf telah memberikan 40 dinar, manakala Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali memberikan 20 dinar setiap seorang. Saad telah mempunyai 80 dinar untuk perkahwinannya. Rasulullah menyuruh Saad menggunakan 40 dinar untuk perkahwinannya dan 40 dinar lagi untuk persiapan selepas perkahwinan iatu peralatan memasak dan sebagainya,Saad b. Muaz pun pergi ke pasar bagi tujuan membeli peralatan-peralatan tersebut. Sedang beliau memilih dan membelek barang-barang, terdengar panggilan seruan untuk berjihad ke medan peperangan kerana musuh telah tiba. Maka secara tiba-tiba, terlupalah Saad akan tujuannya yang asal, terlupakan perempuan cantik itu dan perkahwinannya dan beliau telah menggunakan wang tersebut untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai bagi menyahut seruan jihad itu.Ketika sampai di perkumpulan mereka yang bersedia untuk berjihad, Saad pergi ke depan sekali dan tidak dikenali kerana menutup seluruh muka dan tubuhnya. Para sahabat berbisik-bisik kagum dengan kegagahan beliau dan menganggap mungkin orang Yaman yang turut serta berjuang bersama-sama mereka.Dalam peperangan itu, kuda yang dinaiki Saad telah dipanah hingga jatuh dan Saad serta-merta bangun dan menyinsing lengannya. Ketika inilah sahabat mengecamnya dari warna kulit beliau itu. Beliau akhirnya telah syahid tanpa sempat menyentuh isterinya. Dan diceritakan oleh Rasulullah SAW, ketika kesyahidan Saad, arasy bergegar kerana tangisan para malaikat.Subhanallah, betapa mulianya mati di jalan perjuangan Islam. Betapa besar kecintaan sahabat pada syahid hingga terlupa nak kahwin apabila terdengar panggilan jihad. ingatlah sahabat2 jangan sediakan pelbagai alasan untuk kita semakin jauh dengan gerakan perjuangan Islam ini."sesungguhnya, tarbiah atau didikan Allah itu bukan tunggu ia datang dan disuap dengan prog2..tetapi kita perlu berusaha mencarinya..apatah lagi bila kita berada di kg halaman nanti"
Posted by Farid Bin Amilkassim at 1:31 AM 1 comments
Labels: Islam Untuk Semua
Time is PAHALA~
Categories
- Islam Untuk Semua (9)
- Perkongsian (2)